5 October 2011

Hari Bingung

Kawan : I meet you everyday at class,but it's weird that it feels like I never see you for a long time, have you been notty again toiling around with your sleepy head nenek sihir Janet Joseph?.. She's the nicest person to me when I was in the first sem.. I mean in my class, and also the sweetest .. and to be concretely sure that she'll never read my blog :)

Diri Sendiri : hari ini kau sangat bersemangat sampai banyak pasukan bola, pelajar undang- undang,  dan budak perempuan putus cinta yang kalah, dibuang universiti dan membunuh diri sebab cas semangat semua salur ke badan gempal mu. Hari esok kau putus asa dan dungu macam sotong mati sampai agenda utama hidup mu cuma untuk kekal wujud. hari ini mau selalu ada dia depan mata biarpun dari jauh, hari besok besoknya mau sendiri sendiri dan tolak dia pergi..Hari ini rindu, besok mau tembak semua orang dan hidup sendiri di planet ini. Hari ini mau pulag, besok mahu pergi.. A note to self.. : kau bukan tuhan, bukan ahli sihir ,jauh sekali artis terkenal, dan dunia bukan berpasak dan berpaksi dirimu... kau cuma salah satu zarah..jadi jangan buat perangai macam celaka!

 Kau : kau tak tahu banyak benda.. macam betapa tak selesa rasa bulan pertama cuti bila aku harap ku paling tidak bertanya khabar atau katakan saja jumpa lagi..dan kemudian aku pilih untuk discard rasa itu.. Bekukan dalam peti sejuk untuk tempoh masa 3 bulan seterusnya.. dan sekarang rasa tu sudah cair.. asrama tak punya peti ais.. Tapi rasa tidak sesegar dulu..  Kau tak tahu betapa aku mau tahu sebenarnya ini apa.. Betapa banyak ayat mengarut aku karang yang intinya sebenarnya mengarut cerita pasal kau saja.. Kau tak tahu berapa bingung dan gilanya aku mau tahu kau perlu apa? Kau jugak tak tahu sebenarnya aku sangat hodoh, Kau tak tahu berapa kilometer aku punya tebal cemburu bila kau berejam rejam  habiskan masa untuk bekerja dan aku jadinya bingung fikirkan betulkah sikit pun kau tak ingat aku masa itu? selit-selit sikit pun tak ada? Kau tak tahu aku sangat pencemburu orangnya sampai aku ambil kira setiap inci ayat yang kau pernah cakap dan bandingkan dengan apa yang kau buat. Kau tak pernah tahu aku rasa mahu telan racun tengok kau tegur perempuan lain di belakang aku. Dan kau bagikan aku sedikit agenda paling rahsia dalam hidup mu, tapi bila bersama aku, kau hukum aku  dengan bisu, dan madah pujangga kau serahkan pada mereke-mereka itu. Kau tak tahu juga sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku mahu dari kau dan aku harap kau boleh tolong bagi tahu.. Kau jugak tak tahu yang aku benci bila kau tak pernah bagi jawapan soalan-soalan bodoh aku.. Weh.. kalau aku ada 9 nyawa macam kucing, aku bagi kau 4 supaya kau boleh hidup lebih lama untuk buat benda yang kau suka . 4 nyawa lagi aku buat main-main bila kepala pusing begini atau buat ugut-ugut kau supaya beri perhatian ke aku.Satu nyawa lagi aset beku .


 Aku tak tahu bala apa sebenarnya hari ni aku mengarut sepanjang hari tanpa letih dan tidur. FAK!









No comments:

Post a Comment