9 January 2012

'Kenapa- kenapa' - Rumah Api

Kenapa buat rumah tinggi yang sebahagian besarnya cuma tangga dan lampu sorot?
Dan kenapa buat tepi laut yang boleh rasa dihentam air dan panahan petir?
Kenapa bagi nama ' Rumah Api ' walaupun dah tahu air dan dia dah lama sengketa,

Aku rasa sebab laut terlalu luas dan terlalu dalam untuk laut sendiri faham dirinya,
Jadi Rumah Api macam abah yang garang dengan aturan- aturan yang tiada ada ampun,
'Api' tu cuma buat gertak biar air cuak,
Dan mungkin rumah api kesian tengok pantai yang tinggal menetap menunggu ombak,
Sedangkan ombak, datang cuma buat kacau dan mengasak- asak,
Paling koman, kapal- kapal  gerun datang buat kacau di pantai,
Jadi secara tidak langsungya, mungkin rumah api mahu khabarkan pantai untuk cari mata air baru.
Mungkin rumah api benda bukan hidup yang paling baik hati?

No comments:

Post a Comment