24 October 2011

Gara-gara takut

Janji sehidup semati kau setan-setankan,

Pulang dinihari, lutut bergegar, rawan dihambat rotan abah,

Pergi ke Gig meloncat-loncat dengar benda kau suka, lagak kurang kerjaan aku hentikan. Kerna ramai mata dan tangan Babi-babi yang kelaparan! Dan aku sudah lama menyimpan, dan ada mama yang aku tipu sedang tunggu dirumah, yang firasatnya pun aku tak mahu lukakan, dan aku masih mahu di pandang Tuhan tapi mahu juga sedikit menyetan!

Lakimu jeling-jeling perempuan entah siapa-siapa di belakang dari cermin kereta, kau berlakon buta! oi! Tinggalkan! Persetan! Mogok ranjang  paling koman!


Mahu memberi, tapi takut disampahkan, Mahu bertanya, takut aku salah, takut kau kecil hati, takut kau salah sangka, Mahu mencoba gila, takut termakan badi sendiri,

Tumbukan, caci maki, airmata,aku telan! telan! telan!

Suara mahu di lontar,tapi waktu itu kau terlalu mencemaskan,

Mahu bermanis-manis didepanmu, tapi tudung tiba- tiba jadi senget-senget, gigi macam belum cukup di berus, Bau macam belum cukup untuk impress kamu, baju aku buat aku nampak gemuk! kulit boleh jadi lombong minyak, bibir rasa macam salah diletak kedudukannya! nah.. kau pun fikir aku mengada!

Benda bodoh macam lari ke kamu tiba- tiba, bual-bual macam kenal sepuluh tahun,buat aku rendam kepala dalam air.

Rindu kamu yang aku tak tahu apa untungnya, bikin aku cipta satu aturan catuan udara.

Kau yang macam ragu-ragu, macam tak ambik tahu, macam meluat tengok aku, macam takut aku jatuh hati betul- betul ke kamu buat , aku benar rasa bodoh dan sia-sia dan mahu jerit " Aku pun memang tak mahu !"

Ribuan batu jarak perantara , jadi macam sekangkang kera dan yang kau mahu tekan disini ialah hanya, aku risau! aku tak tahu perlu buat apa, tapi aku risau!

Menangis sampai sakit dada, potong rambut sampai rosak-rosak, simbolik benci diri sendiri. Aku buat!

Niat kasi hatiku mentah-mentah padamu makhluk batu, aku buang ke laut! Aku sudah buang pun!

Berapa banyak mimpi-mimpi yang terbebas jadi udara tanpa dimaknakan. Lepas itu merengek- rengek pada diri sendiri. Menyampah tahu!. Kalau mimpi tahu menyampah, mesti mimpi pun ikut meyampah!

Berapa million jasad lebur ke bumi tanpa tinggal apa pun, hanya kerna satu ayat si ketua celaka! Berapa banyak bini-bini menjanda, anak-  anak yang besar dengan luka-luka tanpa berbapa?

Bayi yang belum kau mahu ada, tapi dungu! kau ligat mengada-ngada dan buang kesini sana! TAHAN SAJA! memang susah, tapi itu bezakan yang kau bukan perempuan saja-saja!

Kasi tahu aku berapa inci muka bumimu yang kau bagi dia teroka dan ada dia buat dengan rasa cinta?  Kau rawan dia pergi dan kau perlu mula dari awal kan? Hujungnya dia berambus juga kan? Lesap ke tanah haram yang lain? berhenti kawan! aku penat kasi tahu yang sama saja.. Aku penat menahan marah cuma- cuma!

Kau jadi batu, gusar waktu kau menangis, dia tak rasa apa, waktu langitmu runtuh, dia tidak tahan bersama, waktu kapalmu karam dia terjun selamatkan diri dulu? ahh.. dunia kejam! sekarang baru kita tahu rasa. Dulu waktu mama semput-semput berhujah, kau mencebik macam tahu semua! Rasakan!

Biar semua lagu yang aku ciptakan , dari rasa paling bahagia, dari amarah yang semacam neraka, dari sedih yang mereput temulang, aku kulum, nyanyi sendiri saja. Biar seantero galaksi menggesa bangga,sampai ramai yang naik menyampah. Aku tahu di kanta korneamu, aku kosong  kan? bukan kosong biasa-biasa, kosong telur busuk KAN? Aku tahu aku pernah cakapkan aku menyanyi untuk kawan kawan yang aku suka. Tapi buat apa? Kalau kau tak menoleh walau barang seinci pun?? Macam satu negara rasa kau bagus, tapi Sultan tertidur sebelum mulut kau buka.. Bullshit kan??

Gara-gara takut semua!

No comments:

Post a Comment