14 January 2013

Tamak- Review sebuah kispen yang aku tak mahu sebutkan tajuk dan nama penulisnya.



Kalau aku gadis itu. Aku  ingin kau selalu jatuh hati padaku, walau apa pun warna lampu isyarat ketika itu. Kuning, merah atau hijau sekalipun, walau warnanya lebih dari sekedar tiga warna itu. Love me like a bad driver!  Tapi cuma KALAU kamu jatuh hati padaku. Seandainya tidak , berlalu! Jangan menoleh barang seinci pun.

29 December 2012

Pavan



Menunduk sedikit melihat ke sepatu sambil berjalan. Terasa bisa butiran pepasir yang entah dari mana datangnya , seperti menebuk telapak kaki. Aku paling tidak suka begitu. Terasa seperti puteri raja kebasahan hujan yang tidurnya tak lena di atas 20 lapisan tilam dan bawahnya terdapat sebiji kacang hijau. Bayang-bayang sendiri di jalan tar kelabu itu tidak begitu jelas. Lalu aku jeling sekilas matahari yang hanya menjenguk aneh  dibalik megha . Tidak perlu jadi pengecut begitu. Aku tidak perlu simpati murahanmu. Mata-mata menyentuh sedarku, dan aku paling geram di tenung begitu. Ya. Boleh ambil gambar semuanya.  Aku izinkan. Kamu boleh merenung lebih lama  gambar itu dan bawa pulang kerumah, jika benar tak ada apa yang lagi penting dalam hidupmu. Kesal. Tali beg buruk Gevano itu tergelincir dari bahu, lantaran gerakanku yang tergesa-gesa tanpa tuju. Ku rentap pantas, biar tak hempas di bumi. Kicauan burung terasa sedikit memekakkan telinga, dan ngauman bibir-bibir manusia bagai mencurah cuka ke hati yang sudah bernanah. Aku seluk beg, dan cari MP3 merah muda yang dulunya punya Cheng. Earphone terbelit-belit entah bagai mana. Bermain terus dengan isi bagasi barangkali.  Cepat-cepat aku menghurai, biar lekas bisa disumbat ke dalam telinga yang tidak sabar lagi mahu mematikan bunyian dunia. Alunan gitar Carlos Santana dan suara lunak Syakira Cuma sampai ke hati sekejep-sekejap. Paling penting, Aku harus lekas–lekas melangkah.  Menuju kebersendirian. Kemeja T  hijau bergambar arnab yang sedang meniup keluar belon-belon berbentuk hati itu sudah lencun dengan darah. Aku tekap tangan di dada. Tapi tanganku terpelosok masuk ke dalam, tembus hingga ke belakang. Ahh. Lukanya sudah seteruk itu? Dadaku sudah bolong! Aku butangkan cardigan, biar tak terlihat kekosongan itu. Jiwaku sudah bolong, dan aku bakal jadi gadis paling hodoh berdada bolong. Buah dada ku juga sudah luluh hancur. Celaka! Hati bertambah berat. Takungan air di mata sudah tak terbendung degilnya.

Tiba-tiba kedinginan menyergah, dan kain hitam labuh yang aku pakai terasa di tarik-tarik dari arah sebelah kiri. Tarikan itu membuatkan aku berhenti melangkah. Dengan hati sebal, aku toleh ke kiri dan ada Pavan disitu. Matanya sudah bergenang air mata. Terbang rendah separas lututku dan mendongak memandang ke arah aku. Wajahnya sungguh kasihan dan sepertinya turut berduka. Tapi aku peduli apa dengan Pavan. Dia tidak berdada bolong. Dia tidak pernah rasa begitu tidak dimahu seperti aku. Lagi pula, Pavan halimunan. Dia tak terlihat, cuma bisa dirasai. Takkan bisa pernah dia terasa hodoh. Tahu apa dia ??
“Pergi saja Pavan!”, ujarku sedikit menjerit serak kerana air mata sudah mulai gugur jadi buih-buih berwarna-warni yang bebas ke udara.

“Jangan pergi ke cahaya begini Suzan, jangan.” Dia menggenggam kuat kain ku, hingga aku terpaksa berhenti lagi.

“Lepaskan Pavan! Lepaskan!”

“Dia tidak tahu kau beri hatimu padanya.”

“Dia tidak pernah bertanya Pavan. Biar sekali. Tidak pernah.”

“Barangkali dia cuma tidak tahu bagaimana. Kau seorang yang kusut. Sedangkan aku juga bisa bingung menerka gerimu.”

“ Diam saja Pavan! Dia tidak pernah mahu mengambil tahu. Dalam pada itu, dia bisa saja bertanyakan dengan yang lain.” Aku rentap genggaman Pavan dari kainku dan berjalan laju.

“ Kau juga tidak pernah bertanya padanya. Kau pengecut!”

“ Jangan lancang Pavan. Aku ini gadis. Jika dia benar mahu hatiku, sudah dia ambil dari dulu.” Aku kini berhenti dan menoleh ke belakang. Bercakap dengan Pavan yang sudah ketinggalan beberapa depa jauhnya.

“ Pendirianmu konservatif. Aku masih tidak terima dan tidak mahu kau pergi.”

“ Kau tahu apa? Kita tidak kenal. Pasti kau juga pernah ketawa mengejek bila kau terbaca puisi-puisiku bukan?” 

“Tidak Suzan. Aku tidak pernah mengejek.”

“ Ah.. sudahlah!. Ini bukan urusanmu. Pergi saja Pavan! Tidakkah kau punya tugas menerbangkan debu-debu atau mendatangkan bencana beliung dimana-mana? Pergi! Jangan datang padaku lagi!”

“ Bilang padaku, apa yang buat dadamu bolong begitu? Paling tidak untuk memakna perpisahan ini. Konklusi dungu dari mana yang kau ilhamkan hingga menuduh dia membuang hatimu?”

Aku duduk memeluk lutut menghadap Pavan. Air mata dan hingus menjijikkan lagi kondisi tubuhku. Sakit didada semakin menghiris-hiris ruang kosong yang melimpahkan darah itu.

“ Aku seharusnya sudah akur Pavan. Bila dia ujarkan dia bakal berhenti cuba buka pintu hatiku. Aku harusnya sudah mengerti dengan bilangan kesepian antara kami selama ini. Aku harusnya sudah tahu bila dia tidak sentuh langsung hati yang aku hulur. Mungkin hatinya dia berikan pada yang lain.”

“Mungkin??” Pavan ketawa mengejek.

“ Ya, kau bisa ketawa, Pavan, bukan kau yang bolong di dada!”

Pavan kini mulai menangis hiba dan terbang maju ingin mendekati. Namun aku segera berdiri dan jalan membelakang. Aku hentikan kemaraannya dengan membuat isyarat berhenti dengan tangan.

“ Jangan pergi Suzan. Aku harus hantarkan puisinya siapa jika kau pergi?” Esakannya semakin kencang, namun dia akur benhenti terbang ke arahku.

“ Kalau cuma itu permasalahannya, pergi saja cari gadis lain yang puisinya masih belum ditemui!”

“ Tapi bagaimana dengan kisahmu? Seharusnya berpenghujung paling tidak. Aku bakal berduka, kerna kepergianmu ini bukan juga perpisahan, bukan juga pengkhianatan. Kau cuma pergi mematikan diri.”

“Jadi kau tidak mahu aku pergi cuma kerna kau mahu dongeng ini berpenghujung?”

“Iya, aku mahu hujung ceritanya. Tinggal disini dan pergi tanyakan padanya.”

“Kau bangsat Pavan! Kau bangsat! Aku harap kau mati di baham petir bila-bila hujan melanda! Aku harap kau ditinggal hujan bila-bila hujan ribut menggila!”

“ Suzan.. Suzan.. Suzan.. Suzan.. Suzan.. Suzan.. Suzan.. Jangan pergi” Esaknya semakin pilu.

Aku lari laju menuju denai cahaya yang berwarna-warni. Badanku semakin meluluh, meninggalkan bentuk rangka yang berlubang dan berdarah ditengah-tengah. Laju-laju aku menginjak denai cahaya yang semakin naik ke angkasa itu. Dan aku elakkan warna-warna kegemaranmu, kerna aku sudah tidak mahu terus-terusan rasa tidak dimahu seperti dungu.

16 November 2012

Halaman Belakang Buku Nota 26#

BURUK

Memang kecemburuan ini mencarik-carik,
Seperti dihempap bulan, yang sudah tidak sanggup lagi melindungi malam-malam babi ,
Tapi segalanya perlu pergi,
Biar aku lebih tahu,
Adakah kamu bakal tetap pergi,
Atau kembali dan tetap disini,

Halaman Belakang Buku Nota 25#

MY CALCULATION

I'm not as sexy as Marilyn Monroe,
I never feel like that,

I can't be as musically brilliant as Zee Avi or Birdy,
I mean like seriously, It's Zee Avi and Birdy,

I don't know how to be cheeky ,
Like the girls you seems to  hang out with,
I guess I'm not cheeky at all,

I'm Sorry I've been acting weird when it comes to you,
It's too scary to be true,
You're like so mojo,
Invading my heart, my soul, my mind,

BUT I NEED YOU TO LISTEN TO THIS

I wrote you a love song,
and in that song, i compare you to the blue sky,
and just so you know, my favourite  color is blue,
and I'm that high when i think about you ,

Seriously, I don't have much to offer,
It's just this thing, maybe love maybe I don't know what,
that I'll risk it and it's for you,
Pheww.. Bloody Hell. I guess I really really like you

Halaman Belakang Buku Nota 24#

DUA RASA

Berfikir dua kali,
Kerana, sepertinya rasa ini semakin hari, semakin kehilangan hangat dan logik,
Mungkin kerna kamu masih bersisa,
Dan di dalam ini belum terganti,
Jadi sisanya, masih sisa kamu.

Halaman Belakang Buku Nota 23#

DEJA VU

Sudah beberapa malam sepi terasa syurga,
Mimpi tentangmu rajin bertamu,
Menginjak-injak kebisuan kita,
Rindu ini sepertinya masih gila, segila dulu,
Seakan kau tidak pernah berlalu kerna bosan padaku,
Untuk mimpi ini, yang aku mahu, jangan pernah pergi lagi,
Biar ini cuma rantaian intuisi,
Jangan menoleh kebelakang lagi,
Pemergian itu bikin aku terlalu rindu,
Dan seringkali menemui mati, dalam pekat malam sepi,

 Paling tidak, biarkan aku jujur bermimpi.

Halaman Belakang Buku Nota 22#

HALIMUNAN

Ada satu lohong kosong disini,
Bahagian yang dulunya utuh, lalu rapuh, lalu jatuh berderai,
Rasanya seperti sedang menonton wayang,
Perasaaan ini, tak tercapai padamu,
Masih jauh, masih belum tersentuh,

Barangkali aku sudah lelah menangis dikehujanan,
Dan menulis bait-bait romantis di malam hari,
Barangkali juga aku sudah terbiasa,
Menjadi halimunan yang mencinta dengan sepi.

Halaman Belakang Buku Nota 21#

FIKIRANMU

Kata orang -orang, kau jenis manusia yang merenungfikir,
Di suatu kekalutan kabus pagi,
Aku terjaga, dan hatimu tidak lagi kudakapi,
Tapi.. Katakan, apa saja yang difikiranmu?
Meski tidak pernah ada aku,
Usaikan belitan sesak yang membelenggu,
Ya. Aku sepertinya tidak ingin kau lagi,
Bila kau sudah tidak peduli,
Dan terus lesap ke lain hati,
Tapi pertanyaan ini masih menuntut jawapan,
Atau aku harus jadi selembut:

"Sayang, apa saja yang difikiranmu? katakan padaku. Please?"

Halaman Belakang Buku Nota 20#

Kekasih gelapku dilirik orang,
Dan aku harus kekal sepi,
Kerna itu yang aku lakukan selama ini,
Memuja dengan sepi,
Dengan izin atau tanpa izin, Aku tidak peduli.

Halaman Belakang Buku Nota 19#

Atas nama keindahan air langit yang menyentuh bumi pagi ini,
Rasa ini aku semai disini,
Moga bayu dingin bertiup terus ke hatimu,
Oh ya, Selamat pagi pencuri hati :)

Halaman Belakang Buku Nota 18#

Jangan senyum begitu,
Jangan lihat kemataku selancang itu,
Kalau kau tidak kasi hatimu padaku,
Kasi aku sedikit keadilan,
Barangkali ada yang menunggu,
Dan bukan kamu.

Halaman Belakang Buku Nota 17#

Masih ada harinya,
Tapi bukan seperti dulu,
Yang aku masih mahu mimpi,
Untuk benar-benar jadi punyamu,
Walau sehari, walau aku tahu ini dungu,

Satu hari nanti, Setelah segala urusan dunia-akhirat,
aku bereskan sehari-hari,
Aku mahu segera pergi berlari laju,
dan memaut tangan itu,
Berjalan terlalu rapat tanpa malu,
Dan aku minta bayu bertiup terus padaku dari arahmu,
Biar aroma dari kamu merasuk sistemku ,
Lalu hari itu,
Sisa masa dan jiwaku, aku letakkan di tanganmu.

Halaman Belakang Buku Nota 16#

GEMPA

Hatiku hancur sedikit,
Seperti selalunya,
Semoga kau dan aku,
Bertemu yang mana satu cinta,
Kita atau bukan Kita :)

Halaman Belakang Buku Nota 15#

Seperti kabus mencair dilanda mentari,
Lagak debu, lesap dihanyut angin,
Semacam pepasir, berubah terus,
Kau pergi seperti itu.

Halaman Belakang Buku Nota 14#

Otak boleh jadi tidak begitu berfungsi,
Bila saja maklumat tentangmu sampai ke situ,
Kalau tidak, untuk apa tulis berjela-jela puisi cinta?
Tapi tidak pernah sepatah kata terucap tepat?
Nama baruku Dungu.
Kerna aku dungu, mentari bisa jadi bulan,
Bulan bisa jadi mentari,
Dimana-mana aku bermimpi.

15 November 2012

Halaman Belakang Buku Nota 13#

Ya , aku cari penyakit,
Masih ada ribu-ribu buku puisi berbait indah di rak,
Aku baca tulisanmu di laman sosial,
Walau sudah dijangka,
Agendaku hari ini MOGOK,
Mahu jatuh cinta secara rambang,
And of course, not with you!

Halaman Belakang Buku Nota 12#

KOSONG MACAM NAJWA LATIF

Dari delapan pagi, hingga lewat sore,
Ralit dikantor mengerjakan itu ini,
Cuba fikir tentangmu sebentar,
KOSONG.
Kosong, sekosong aku tidak pernah jatuh hati padamu ,
Jasad kita terlalu jauh barangkali,
Dan cintamu, aku tahu terlalu rapuh,
Bila-bila bisa roboh,
Rafied dari kemarin menggoda terus,
Dengan matanya yang singgah sebentar-sebentar,
Aku banyangkan kamu sedang bertentang-tentang dengan gadis lain,
Ahh.. Aku pindah ke Rafied saja ya?
Biar markahmu KOSONG hari ini.

Halaman Belakang Buku Nota 11#

Rebah kaku mendakap bantal,
Moga roh juga akur membeku,
Sayangnya masih menerawang terus, tidak tetap disitu,
Cuba mendendang deru hujan diluar,
Indah juga.. Detakan aneh menerobos ubun tanah,
Guntur menyergah di celah-celah,
Ahhhh! kesal!
Tinggalkan saja malam yang kehujanan di luar,
Rasa ini, belum ada siapa-siapa,
yang dalam rasanya setimpal rasaku

Halaman Akhir Buku Nota 10#



Tabiat  bertamu di benakku ini,
Adakah sudah jadi rutin ,
atau kebiasaan mu yang rawak dan saja-saja?
Aku mahu berhenti jatuh hati padamu ,
Jika aku bertemu kebarangkalian apa saja yang bisa racun sayang ini,
Aku racun.

Halaman Belakang Buku Nota 9#



Zahirnya, kau tidak  terlihat di mana-mana
Kenapa  gusar  begini mencari,  
Aku juga kurang fasih bahasa batin sendiri,
Hati rasa sedikit kosong seperti sudah luluh separuhnya,
Aku selalu rawan cintaku yang sedikit taksub dan berbasi-basi ini tidak cukup
Namun sudah terbukti kan?
Tidak akan pernah cukup.
Kekasih gelapku, kau bukan saja lesap ke lain hati,
Kau lesap tanpa mempertanyakan apa-apa padaku,
Aku harus segera cari tahu bagaimana aku harus akhiri semua ini.