Aku selalu ujarkan ini;
Pertimbangan fikiran dan hati perlu stabil !
Apa-apa yang dizahirkan dengan perbuatan, kata-kata, mungkin juga tulisan itu sumbernya dari yang dua ini.
Tapi untuk tidak akur dengan kamahuan hati itu bukan sesuatu yang senang.
Tahun demi tahun rutinku bertengkar dengan diri sendiri. Salah satu punca aku benci kebingitan dan ayat-ayat bodoh yang mengusutkan kepala adalah kerana aku sendiri cukup dengan elemen itu . Serba-serbi. Cumanya ia terletak di satu lokasi yang hasil bunyinya hanya boleh di dengar oleh diri sendiri.
Melawan, Berhenti Menduga, dan Merawat hati itu susah!
Dan kadangkala ia jadi satu kitaran lengkap yang berulang-ulang dan bercampur baur dengan informasi dan wayang lain di kepala. Di mana boleh aku menuntut ilmu Rasional yang tak terjangkaukan? Berapa nisbah kesalahan dan kebaikan yang wajar dan normal untuk dilakukan dalam sehari.
Mungkin adalah lebih senang untuk berhenti menimbang- nimbang dan jadi dungu. Tapi itu juga aku tidak mampu. Aku ada sebuah kerajaan Setan ciptaan sendiri yang aku tanam di pusat alam spiritualku sejak dulu. Aku juga tidak tahu dari mana asalnya. Tapi nama kerajaan itu " Ego dan Ragu ".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment