28 November 2011

psychopathic device

Dear my Celcom broadband,


YOU ARE SON OF A BITCH! I'M BLOGGING IN MY NOTEPAD NOW????

12 November 2011

Malam Satu Suro

Peluh sejuk menitik setitis di dahi, peluh yang lain belum mahu keluar , ralat sebab berlawan-lawan dengan aircond kereta yang membekukan dan bunyinya tak memberi inspirasi dan tak sesuai dijadikan elemen dalam sajak. Mata aku membulat mencari titik fokus dan cuba menjelaskan gambar pantulan yang di tayang di otak sekarang. Hampeh.. masih blur.. tangan kanan masih cemerkap mengawal power steering yang sangat sensitif dengan permukaan jalan tar yang macam litar motor cross. Aku raba gear dengan tangan kiri dan kaki kiri synchronize  dengan menekan manja ke clutch di bawah kaki.. aku hela nafas garau- garau saja mahu dengar bunyinya sedap atau tidak.. so so lah..Aku mahu segera pulang.. I'm a bad driver frankly.. Aku jeling kereta belakang melalui cermin, dan aku ternampak simbol no u turn melepak skema di divider jalan raya.." haish.. kalau dapat u-turn sini kan lagi cepat sampai Uni" . Tanpa apa- apa objektif aku jeling pula apa yang ada di bahu jalan sebelah lagi.. Lalu yang aku nampak sebuah bangunan bercat biru  dan putih yang besar gedabak, tak nampak macam ada kegunaannya dan aku tahu majoriti manusia -manusia yang ada di dalam itu pun tak punya kerja azali. Duduk melepak saja macam sign board.  Laju memori aku mengasak-asak balik ke belakang. " Argh! not now!" hati aku yang aku pun tak pernah tengok rupanya mengaum tanda protes. Aku nampak bayangan satu malam yang sangat celaka dan aku macam dungu dengan  jantung yang dicarik- carik sedang duduk di atas bangku di depan kaunter ,sedang membuat laporan. Aku hot stuff malam tu.Semua yang ada dalam bangunan itu sibuk tanya aku kenapa? siapa? apa? bukan mahu membantu, sibuk ketawa-ketawa dan menyuarakan teori porno sendiri. Celaka!! Suhu dalam kereta menaik agaknya, sebab aku rasa macam kepanasan tiba-tiba.  Tiba -tiba tindakbalas refleks membuatkan aku mengeluarkn bunyi 'ish!'
 " ko pehal ?" tanya cheng dari tempat duduk sebelah. Lah aku lupa pulak aku bukan sendiri dalam kereta.

"haah, tetiba je " tambah Aini dari tempat duduk belakang. Aku kusut perlu jawab apa. Itulah! high sangat!

" One day aku nak u-turn kat depan balai polis tu tadi, saja aku nak buat pasal" jawabku cover line, tapi dengan niat yang tulus.

Aini dan Cheng ketawa berdekah-dekah serupa sundel bolong.

" Kalau polis tahan aku, aku nak cakap, Fuck the u-turn man! kat polis tu " aku tambah ayat power biar mereka gelak lagi semangat.

"Damn.. But how to fuck the U-turn ??? " tanya Cheng dengan muka yang dicomel-comelkan.

" Well kan polis tu yang fucker, the fucker should know better how to fuck, mana aku tau macam mana ! " Jawabku tambah geram dan sakit hati tak semena-mena.

Cheng dan Aini ketawa berdekah-dekah

Aku sebal. Air mata sudah terkeluar sedikit.. Ah babi betol benda-benda begitu kalau diflashback ketika memandu.

* aku sangat sensitif akhir-akhir ini, papan tanda pun boleh di bawak mengongoi . Celaka! PMS barangkali *

8 November 2011

Sisa sisa

Banyak kali dalam beberapa kali,
aku rasa macam kau tinggal-tinggal,
macam fact proved ,
kau suka, tapi tak cukup suka,
macam our conversation memang bosan,
macam how do i stop this numpty conversation?
Macam kau bukan tak mahu, tapi sangat racist dan itu buat aku sangat sedih..
Banyak alasan, halangan,peraturan, dan jarak ditengah-tengah,
Aku buat kau naik marah?
Kau lega aku tahu perempuan- perempuan yang kau suka?
Perempuan ini perempuan biadap bagimu,
banyak lah.. rentetan- rentetan negatif yang lain,
kiranya aku tak akan jadi cukup bagus lah...


Dan aku masih tulis pasal kau?
Kalau ini perniagaan, aku layak bankrupt, dan aku bankrupt dengan sengaja tanpa bersyarat.
Ah! Malas !!!

7 November 2011

Grotesqueries

Seorang makhluk senegatif aku,
Yang aku tahu,aku selalu tak perasan,
Tapi benda yang aku tak tahu, aku sangat pasti..

Aku tak tahu kenapa aku rasa begitu,
Tapi yang paling paling paling aku tahu,
Hey aku tak akan jatuh hati padamu banyak kali,
sekali itu sajalah..
Lepas ini aku  biar kau pakai otak sendiri kalau ada..
Kalau saja aku bagikan untuk kali kedua,
Mesti kau expect ada yang kali ketiga, Kau kan MELAYU?
Penampar Mau???
I'll talk to you kapan kapan aku mahu,
Dan aku cuba lihat orang lain yang rasa aku 'perlu',
Because i have life, Sampai bila mahu jadi 'just a girl that you have to turn to?'

2 November 2011

Kekurangan yang Kacau

Awan mendayung berdikit- dikit. Buat aku terkadang dapat panasnya, kadang dapat bahang picisan cuma. Segunung kinabalu kerja celaka yang macam magnet menarik kepala hotak aku yang beku macam besi. Tinggalkan hati sendiri- sendiri. Nah besok - besok saja lah aku cari kembali. Aku dalam keadaan yang semua rasa tak cukup takat untuk diluahkan dan tak cukup takat untuk aku telan. Jadi rasa tak cukup takat begitu impaknya datang sekejap-sekejap. Macam di antara aku sedang gelak ketawa bersantai-santai, ada nyilu-nyilu di bahagian dada.. rasanya kalau mau menjerit sakit tak sempat, terlalu sebentar. untuk tidak mejerit, terlalu layak nisbah sakitnya . Ketika aku sedang diam mendengar suara-suara yang lalu-lalang, lagu lagu rutin yang aku sumbat lewat wayar bercabang dua di telinga, aku dengar beberapa patah kata yang bikin hati sakit, bikin air mata rasa gatal di hujug kelopak, bikin aku rasa jelek dan tak berguna. Waktu aku sedang dibasahi peluh ketika bersihat-sihat, ada rasa merinding yang menyentuh sekejap-sekejap bila akal terbang terlebih tinggi. Jadi aku macam kurang puas hati dengan semua rasa-rasa normal aku yang di cemar dengan benda-benda kekurangan dan membikin kekacauan begitu. Masalahnya tapi apa? apa? Aku harap diri aku ada dua suara, supaya kalau satu suara menyoal, ada satu lagi yag menjawab, dan roh cuma mendengar. Rasanya ada yang kurang sampai semuanya kacau..