Peluh sejuk menitik setitis di dahi, peluh yang lain belum mahu keluar , ralat sebab berlawan-lawan dengan aircond kereta yang membekukan dan bunyinya tak memberi inspirasi dan tak sesuai dijadikan elemen dalam sajak. Mata aku membulat mencari titik fokus dan cuba menjelaskan gambar pantulan yang di tayang di otak sekarang. Hampeh.. masih blur.. tangan kanan masih cemerkap mengawal power steering yang sangat sensitif dengan permukaan jalan tar yang macam litar motor cross. Aku raba gear dengan tangan kiri dan kaki kiri synchronize dengan menekan manja ke clutch di bawah kaki.. aku hela nafas garau- garau saja mahu dengar bunyinya sedap atau tidak.. so so lah..Aku mahu segera pulang.. I'm a bad driver frankly.. Aku jeling kereta belakang melalui cermin, dan aku ternampak simbol no u turn melepak skema di divider jalan raya.." haish.. kalau dapat u-turn sini kan lagi cepat sampai Uni" . Tanpa apa- apa objektif aku jeling pula apa yang ada di bahu jalan sebelah lagi.. Lalu yang aku nampak sebuah bangunan bercat biru dan putih yang besar gedabak, tak nampak macam ada kegunaannya dan aku tahu majoriti manusia -manusia yang ada di dalam itu pun tak punya kerja azali. Duduk melepak saja macam sign board. Laju memori aku mengasak-asak balik ke belakang. " Argh! not now!" hati aku yang aku pun tak pernah tengok rupanya mengaum tanda protes. Aku nampak bayangan satu malam yang sangat celaka dan aku macam dungu dengan jantung yang dicarik- carik sedang duduk di atas bangku di depan kaunter ,sedang membuat laporan. Aku hot stuff malam tu.Semua yang ada dalam bangunan itu sibuk tanya aku kenapa? siapa? apa? bukan mahu membantu, sibuk ketawa-ketawa dan menyuarakan teori porno sendiri. Celaka!! Suhu dalam kereta menaik agaknya, sebab aku rasa macam kepanasan tiba-tiba. Tiba -tiba tindakbalas refleks membuatkan aku mengeluarkn bunyi 'ish!'
" ko pehal ?" tanya cheng dari tempat duduk sebelah. Lah aku lupa pulak aku bukan sendiri dalam kereta.
"haah, tetiba je " tambah Aini dari tempat duduk belakang. Aku kusut perlu jawab apa. Itulah! high sangat!
" One day aku nak u-turn kat depan balai polis tu tadi, saja aku nak buat pasal" jawabku cover line, tapi dengan niat yang tulus.
Aini dan Cheng ketawa berdekah-dekah serupa sundel bolong.
" Kalau polis tahan aku, aku nak cakap, Fuck the u-turn man! kat polis tu " aku tambah ayat power biar mereka gelak lagi semangat.
"Damn.. But how to fuck the U-turn ??? " tanya Cheng dengan muka yang dicomel-comelkan.
" Well kan polis tu yang fucker, the fucker should know better how to fuck, mana aku tau macam mana ! " Jawabku tambah geram dan sakit hati tak semena-mena.
Cheng dan Aini ketawa berdekah-dekah
Aku sebal. Air mata sudah terkeluar sedikit.. Ah babi betol benda-benda begitu kalau diflashback ketika memandu.
* aku sangat sensitif akhir-akhir ini, papan tanda pun boleh di bawak mengongoi . Celaka! PMS barangkali *
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment