29 October 2011

Putus kawan

Aku sayang kawan - kawan aku..
dan seumur aku hidup dan sepanjang berjalan atas planet bumi ini,
aku pernah juga putus kawan, dan aku claim diri sebagai orang yang sayang kawan?
Aku jenisnya, aku jarang ambil kisah, aku hormat hak kawan- kawan,
Tapi kadang kadang aku ingat kawan,
 tapi rupanya setan, ada juga yang baru- baru belajar jadi setan.
aku sedih kita putus kawan, tapi lagi sedih hidup esok hari dengan semua tak puas hati,
aku akan jalan terus dan lepas tangan mu ex-kawan.

Aku ada seorang kawan,
dia sangat nyaman sifatnya, kalau aku  jumpa dia, aku akan leka berlama- lama,
Kalau aku layan dia, kawan- kawan lain akan mendongkol tunggu aku selesai,
Aku wajib bersama kawan yang satu ini setiap hari,
Kalau dia tak datang sampai seminggu, aku sanggup menapak berapa juta luas pun persegi yang perlu dipijak,
Aku tak tahu ini apa, tapi aku perlu dia dalam hari -hari aku
Dia jenis kawan yang buat aku rasa cacat kalau dia tak ada,

Satu hari dia tengah panas.. aku relax,
dia masih panas, aku relax lagi.
Dan tiba-tba dia jatuhkan diri atas riba aku dan gigit kaki aku sampai rabak.
aku jerit "Oi gila ka?"
Dia belum berhenti panas, dia gigit kaki aku sampai luka- luka,
Aku menangis.. " kenapa kau buat aku macam ni?"
Aku lari keluar dengan setiap tenaga yang ada dan tunggu sampai dia sejuk semula.

Dia dah sejuk,
Tapi kaki aku yang digigit tadi?
Kesan gigitan berjela- jela,
Aku malu, aku rasa sakit, tapi dia masih kawan aku,
Sekarang walau dia dah sejuk, "tapi kaki gua rabak cilake!"
Hari- hari aku menangis, aku tak sampai hati khabarkan pada mama,
aku tak sangka jadi begini rupa,

Pagi yang sejuk macam pagi ini,
Dia dah main- main diluar, aku malas mahu join,
Aku masih geram dengan kau kawan!
Aku bukak komputer riba yang aku tak letak diriba, tapi di meja,
Baca apa yang patut, Aku capai tuala,
kuak pintu, hempas, jalan macam tak ada apa jadi menuju ke kiwan,
Aku kuak pintu kiwan, dan tutup hempas,style..
aku tak perasan kau ada dalam kiwan,
Tapi memang tempat kau selalu menyorok kan?
Aku masih sebal dengan perangai kasarmu,
Kaki aku sudah berubah lebam- lebam disini- sana,
KAU JAHAT!
Tapi aku perlu kau.. Aku bodoh,
Dan kawan, kau rasa sangat sakit dibadan aku, Aku menangis dalam kiwan,
Tapi aku tahu, malam ini, besok pagi, dan ketika- ketika tertentu,
Aku akan datang padamu lagi,
Biar aku benci, aku cuma ada kamu saja,
Semoga kau jangan sakiti aku lagi,

Hey, aku terfikir, lebih bagus kita putus saja,
aku akan masih jumpa kamu setiap hari,
Tapi kita putus saja,
Paling tidak hingga rasa sakit ini hilang,
Kau tahukan aku akan kembali padamu biar apa pun terjadi,
Tapi untuk aku, tolong... sampai sakit ini hilang,
Kita pura- pura putus saja.. ya?

1 comment: