29 October 2011

Putus kawan

Aku sayang kawan - kawan aku..
dan seumur aku hidup dan sepanjang berjalan atas planet bumi ini,
aku pernah juga putus kawan, dan aku claim diri sebagai orang yang sayang kawan?
Aku jenisnya, aku jarang ambil kisah, aku hormat hak kawan- kawan,
Tapi kadang kadang aku ingat kawan,
 tapi rupanya setan, ada juga yang baru- baru belajar jadi setan.
aku sedih kita putus kawan, tapi lagi sedih hidup esok hari dengan semua tak puas hati,
aku akan jalan terus dan lepas tangan mu ex-kawan.

Aku ada seorang kawan,
dia sangat nyaman sifatnya, kalau aku  jumpa dia, aku akan leka berlama- lama,
Kalau aku layan dia, kawan- kawan lain akan mendongkol tunggu aku selesai,
Aku wajib bersama kawan yang satu ini setiap hari,
Kalau dia tak datang sampai seminggu, aku sanggup menapak berapa juta luas pun persegi yang perlu dipijak,
Aku tak tahu ini apa, tapi aku perlu dia dalam hari -hari aku
Dia jenis kawan yang buat aku rasa cacat kalau dia tak ada,

Satu hari dia tengah panas.. aku relax,
dia masih panas, aku relax lagi.
Dan tiba-tba dia jatuhkan diri atas riba aku dan gigit kaki aku sampai rabak.
aku jerit "Oi gila ka?"
Dia belum berhenti panas, dia gigit kaki aku sampai luka- luka,
Aku menangis.. " kenapa kau buat aku macam ni?"
Aku lari keluar dengan setiap tenaga yang ada dan tunggu sampai dia sejuk semula.

Dia dah sejuk,
Tapi kaki aku yang digigit tadi?
Kesan gigitan berjela- jela,
Aku malu, aku rasa sakit, tapi dia masih kawan aku,
Sekarang walau dia dah sejuk, "tapi kaki gua rabak cilake!"
Hari- hari aku menangis, aku tak sampai hati khabarkan pada mama,
aku tak sangka jadi begini rupa,

Pagi yang sejuk macam pagi ini,
Dia dah main- main diluar, aku malas mahu join,
Aku masih geram dengan kau kawan!
Aku bukak komputer riba yang aku tak letak diriba, tapi di meja,
Baca apa yang patut, Aku capai tuala,
kuak pintu, hempas, jalan macam tak ada apa jadi menuju ke kiwan,
Aku kuak pintu kiwan, dan tutup hempas,style..
aku tak perasan kau ada dalam kiwan,
Tapi memang tempat kau selalu menyorok kan?
Aku masih sebal dengan perangai kasarmu,
Kaki aku sudah berubah lebam- lebam disini- sana,
KAU JAHAT!
Tapi aku perlu kau.. Aku bodoh,
Dan kawan, kau rasa sangat sakit dibadan aku, Aku menangis dalam kiwan,
Tapi aku tahu, malam ini, besok pagi, dan ketika- ketika tertentu,
Aku akan datang padamu lagi,
Biar aku benci, aku cuma ada kamu saja,
Semoga kau jangan sakiti aku lagi,

Hey, aku terfikir, lebih bagus kita putus saja,
aku akan masih jumpa kamu setiap hari,
Tapi kita putus saja,
Paling tidak hingga rasa sakit ini hilang,
Kau tahukan aku akan kembali padamu biar apa pun terjadi,
Tapi untuk aku, tolong... sampai sakit ini hilang,
Kita pura- pura putus saja.. ya?

28 October 2011

Equal

Sendiri sendiri di bilik sangat bahagia,
makhluk cliche mana paham,
satu hari bila banyak benda sibuk menyondol-nyondol dalam hidup ,
itu jam jangan surprise kalau jadi macam aku,

Kaki sakit,mental sakit, hati sakit ,
hari hari sakit sampai kau macam tak boleh beza sakit ka tidak ni?
Kaki, baru hari ini :(

Aku tak tahu banglo tepi hostel aku ni betul ada pocong atau,
Tapi dulu aku pernah cakap pada roomate, aku tengok perempuan menari dalam rumah tu,
For sure bukan pocong, buruk benar lagaknya kalau kawan  tu menari,
Tapi fikir- fikir balik takkan kawan tu ajak 'kawan' dia lepak sekali,
kesian tuan rumah, rumah tu ada baby,
Rumahtangga boleh porak peranda sebab benda setan setan ni aku tahu.
Semoga keluarga mereka tak rabak.
Rumah  tu duduk betul- betul kat selekoh,  tak elok barangkali?
Dulu time duduk UK ( ummu kalsum) selalu motor eksiden situ,
Aku witness sekali tu, abang tu straight pergi cium tiang lampu.
Sumpah tak kiut.
Dan walaupun aku duk UU sekarang, aku rasa mau mencarut fikir dekat gila jarak dengan banglo tu. FAK!

Setiap 12 malam ada bunyi ketuk yang kuat tepi bilik aku,
Kalau orang sebelah tepuk bantal gitu kuat, aku doakan kuman-kuman yang bersarang di bantal dia semua jatuh,
Kalau bukan, semoga akal aku tak bodoh-bodoh fikir benda yang hebat-hebat.
Tapi tepuk bantal kepala hotak, nenek lamanya .
Makhluk apa pun itu, ia sangat on time. Tiap- tiap malam , jam yang sama,
Aku manusia ni, assignment tak siap-siap lagi, cilakak!

Dalam cerita supernatural,
kalau 'setan' is around, suhu akan jatuh tiba-tiba,
Tapi aku syak , line internet pun akan slow tiba-tiba,
Sebab masa-masa macam tu aku rasa mau sebut "SETAN"

Aku literally sangat kesakitan sekarang, dan mustahil untuk mati,
Jauh sekali relax-relax,
Hari ni aku literally ditimpa bala,
Tapi aku tak frust aku pun tak tahu kenapa,

KAU- tak tahu aku siapa,
Kalau tumpang tanya kan bagus,
Aku baca, orang capri seorang yang setia, hihi
Memang pun,setia puaka yang aku sangat benci sekarang!
Moga-moga semua cepat berakhir.
Esok perlu bangun awal dan tak boleh tidur balik :(,
Sebab I'm gonna make some smirch besok,
Dan perlu ke klinik! ish babi :(

* Semua benda merapu,siri memaki, edisi bahasa rojak gampang, ni betul sakit punya pasal.

26 October 2011

BUDAK- BUDAK BARU MENAIK



Filem yang banyak ubah hidup aku. Aku baru 14 tahun rasanya:

- aku start pegang gitar bila mama pergi kerja
- aku suka decoration bilik Cinta dalam cerita ni- aku buat ala kadar, sebab aku takda duit beli perabot sendiri.
- Aku jatuh hati dengan sajak ekspresif yang jujur begini dan sampai sekarang  aku belum bangun-bangun dari jatuh.
- Aku mahu kurus, punya rambut cantik dan bijak macam Cinta
- Aku mula rasa aku jugak patut dibiar pergi kemana aku mahu macam Cinta dan kawan-kawannya dalam cerita ini
- Aku start tepek poster poster di dinding bilik
- Aku suka idea puisi dan petikan gitar.
-Aku hafal semua soundtrack lagu dalam filem ini.
- Aku tengok movie ni ulang2 sampai CD rosak ( mama tak suka sebab ada kissing scene, and i told her i think they are so sweet. Mama tambah bengang.. ahahaha )
- Aku rasa lelaki rambut gerbang dan pelik macam Rangga sangat hot.. Aku mula despise mamat mamat jambu dan tipikal. Ceh.
-Aku gembira yang aku memang ada kawan sejati macam Cinta punya kawan- kawan
- Aku mau mama jadi macam mama si Cinta dalam cerita ni.. listen to her dan sangat faham dia, dan bagi Cinta keluar rumah bila-bila dia suka.- Memang sangat TAK lah kan.. hahahaha
- Aku rasa lepak makan bakso sangat cool.kahkah..
- Aku pakai gloss dan bangle pegi sekolah.. ( aku ketua murid waktu tu )

24 October 2011

Gara-gara takut

Janji sehidup semati kau setan-setankan,

Pulang dinihari, lutut bergegar, rawan dihambat rotan abah,

Pergi ke Gig meloncat-loncat dengar benda kau suka, lagak kurang kerjaan aku hentikan. Kerna ramai mata dan tangan Babi-babi yang kelaparan! Dan aku sudah lama menyimpan, dan ada mama yang aku tipu sedang tunggu dirumah, yang firasatnya pun aku tak mahu lukakan, dan aku masih mahu di pandang Tuhan tapi mahu juga sedikit menyetan!

Lakimu jeling-jeling perempuan entah siapa-siapa di belakang dari cermin kereta, kau berlakon buta! oi! Tinggalkan! Persetan! Mogok ranjang  paling koman!


Mahu memberi, tapi takut disampahkan, Mahu bertanya, takut aku salah, takut kau kecil hati, takut kau salah sangka, Mahu mencoba gila, takut termakan badi sendiri,

Tumbukan, caci maki, airmata,aku telan! telan! telan!

Suara mahu di lontar,tapi waktu itu kau terlalu mencemaskan,

Mahu bermanis-manis didepanmu, tapi tudung tiba- tiba jadi senget-senget, gigi macam belum cukup di berus, Bau macam belum cukup untuk impress kamu, baju aku buat aku nampak gemuk! kulit boleh jadi lombong minyak, bibir rasa macam salah diletak kedudukannya! nah.. kau pun fikir aku mengada!

Benda bodoh macam lari ke kamu tiba- tiba, bual-bual macam kenal sepuluh tahun,buat aku rendam kepala dalam air.

Rindu kamu yang aku tak tahu apa untungnya, bikin aku cipta satu aturan catuan udara.

Kau yang macam ragu-ragu, macam tak ambik tahu, macam meluat tengok aku, macam takut aku jatuh hati betul- betul ke kamu buat , aku benar rasa bodoh dan sia-sia dan mahu jerit " Aku pun memang tak mahu !"

Ribuan batu jarak perantara , jadi macam sekangkang kera dan yang kau mahu tekan disini ialah hanya, aku risau! aku tak tahu perlu buat apa, tapi aku risau!

Menangis sampai sakit dada, potong rambut sampai rosak-rosak, simbolik benci diri sendiri. Aku buat!

Niat kasi hatiku mentah-mentah padamu makhluk batu, aku buang ke laut! Aku sudah buang pun!

Berapa banyak mimpi-mimpi yang terbebas jadi udara tanpa dimaknakan. Lepas itu merengek- rengek pada diri sendiri. Menyampah tahu!. Kalau mimpi tahu menyampah, mesti mimpi pun ikut meyampah!

Berapa million jasad lebur ke bumi tanpa tinggal apa pun, hanya kerna satu ayat si ketua celaka! Berapa banyak bini-bini menjanda, anak-  anak yang besar dengan luka-luka tanpa berbapa?

Bayi yang belum kau mahu ada, tapi dungu! kau ligat mengada-ngada dan buang kesini sana! TAHAN SAJA! memang susah, tapi itu bezakan yang kau bukan perempuan saja-saja!

Kasi tahu aku berapa inci muka bumimu yang kau bagi dia teroka dan ada dia buat dengan rasa cinta?  Kau rawan dia pergi dan kau perlu mula dari awal kan? Hujungnya dia berambus juga kan? Lesap ke tanah haram yang lain? berhenti kawan! aku penat kasi tahu yang sama saja.. Aku penat menahan marah cuma- cuma!

Kau jadi batu, gusar waktu kau menangis, dia tak rasa apa, waktu langitmu runtuh, dia tidak tahan bersama, waktu kapalmu karam dia terjun selamatkan diri dulu? ahh.. dunia kejam! sekarang baru kita tahu rasa. Dulu waktu mama semput-semput berhujah, kau mencebik macam tahu semua! Rasakan!

Biar semua lagu yang aku ciptakan , dari rasa paling bahagia, dari amarah yang semacam neraka, dari sedih yang mereput temulang, aku kulum, nyanyi sendiri saja. Biar seantero galaksi menggesa bangga,sampai ramai yang naik menyampah. Aku tahu di kanta korneamu, aku kosong  kan? bukan kosong biasa-biasa, kosong telur busuk KAN? Aku tahu aku pernah cakapkan aku menyanyi untuk kawan kawan yang aku suka. Tapi buat apa? Kalau kau tak menoleh walau barang seinci pun?? Macam satu negara rasa kau bagus, tapi Sultan tertidur sebelum mulut kau buka.. Bullshit kan??

Gara-gara takut semua!

23 October 2011

Stop and Start Over

Pengakhiran bagi pengakhiran,
Paling tidak aku bukan hidup dalam penafian,
Aku tahu kepala hotak kau ada apa,
It's ok... benda macam ni common and i'm not 15,
It's just.. this gate is closed, and open another new one,

Peace out. benda ni aku telan dan takkan muntahkan.

E.N.D

20 October 2011

HILANG

H- Hantu celaka apakah, kau lesap macam kabus :(
I- Impak semua sekalinya aku macam air menggelegak, berkocak-kocak
L- Lari pergi, no goodbye, no last words, masih bisu = totally your style thou
A- Aku perlu berhenti tunggu- tunggu kosong begini
N- Nantinya aku tahu siapa yang melebih- lebih tentang semua benda = aku
G- Guntur, ribut kilat, cyclone, la-nina, gunung berapi,tsunami.. aku penat sampai sudah mula rasa kebas- kebas

16 October 2011

Listen dammit!

i don't know why, i woke up to the morning's sun with a pain in my chest : i would love to brag a lot out of sudden, out of i don't know why.. Feels like a programmed robot, and today's mode is ill-humored !

i was wondering.. No! i'm dying  to know why,

why you always grumpy when it comes to me ????
( i know it's not even verbally but it's getting so yesterday lately dammit! )

Why you always silent when it comes to me???
Why you always have that look of sometimes craving sometimes bored when it comes to me??
Why you chose living two life when it comes to me??
Why u left and come back like nothing happened when it comes to me??
Why even care to be nice suddenly, even you knew i won't even bother if you're not when it comes to me?
Why you have to be so childish sometimes even if i'm nothing to you, when it comes to me??
If you just want me when it's rain ,why i fell to you out of tonnes of guy on earth?? why?
Why you never wait to say something when it comes to me?
Why you never patience when it comes to me?
Why you never try to read and look properly when it comes to me?
why you always sound jealous as if you care so much when it comes to me?
why i always bragging alone when it comes to you?


And in between all these shits, still i caught you talking so nicely to other girls..
and it's always silent ALWAYS when it comes to me :(
Thinking of the glances you've exchanged and never caught at my back are killing me like hell!
i'll be like this for a while.. like you even care..
now answer me WHY? WHY? WHY?

15 October 2011

Hush

chain of merriments,
made the hatred seems shallow,
the lust too bitter,
and failure ..never heard about

love that you've spent together,
who have been on your bed for decades,
who caused u made your own kinsmen
orbed your entire emotions
twinned your heart,
the one that you are planning  to grow old with

 a day that you never wish to come,
when they just took it all, like you never there
agony that in the state of the biggest failure to omit
and you are losing you're second devout

no one scarcely would help
not even one creature make sense to you
elevating your soul to nullity
even a second feels so long and quite ,
it's platitude,

When you owned a kingdom,
and lost the remarkable epic in between those weary beats
you're now nothing in just one dictum
They penetrated all your hidden and exposed,
you're thrown in the flaming abyss,

a friend of mine,
who i rarely saw you weeping,
hush and stand still,
i command the sorrows to be leaving!


i'm scared of you, of the truth, of the sound , of not having a choice
it seems like i've been challenged,
and we're at the war field,
 u, me, and those scary tall, white wall,
i wish to run from your tears,
i wish all the liquids in your body frozen,
then crumbled to nothingness,

Hey,
i wish that my future life-mate not to leave before i did
not to be plundered as i don't owned him
i wish that every time i'm looking back,
he still there to be embraced,
Every time i hunger for his  kiss,
it will be literally his ,
not a stone on the ground with the thoughts of him rotting within it,

i'm measuring your grievance,
and the numbers, just too much  to be real
HUSH...

9 October 2011

Priority

aku perlu kaca mata baru..
biar boleh tengok kau dengan jelas,
sebab aku tak boleh tengok kau dekat dekat selalu,
kau sekarang makin jauh,

Aku mungkin ada rupa singa,
Tapi tengok, belum apa apa aku sudah begini mabuk,
hey.. i'm actually quite filial,
Tapi aku perlu sebab yang kuat,

Hey, sleep soundly sweet heart,
Jangan hisap rokok macam akan nasi,
nanti lambat baiknya,
Jangan flirting semangat sangat, can't you tell i'm jealous!

Kalau aku official kau yang punya,
malam ini aku biar kau tidur di bahu,
dan belai rambutmu sampai pagi

Hey kau ramai peminat sebenarnya,
kalau mau pergi ,pergi saja,
Aku faham,
tapi lepas itu jangan mengadu domba bermanja-manja lagi,
J.A.N.G.A.N...


cerita sebenarnya, aku habiskan banyak masa rindukan kamu yang tak rasa apa apa, dan aku juga habiskan banyak masa pura pura kau bukan siapa siapa dalam hidup aku.

7 October 2011

Mixed deadening emotions

Smells- Abah- Connection: abah used to smell like this : original odour.. no perfume, cigarette, fishy during afternoon towards night.. I can smell it without no complaints nor disgust even if nature decided to have half year days and half year nights.. Then it comes the dicken period, where he anomalously transformed and i can do nothing but fighting those confusing, repugnant, asshole, agonizing time that virtually explain everything. Then no more cunning around him  and i lost the absurdity of admiring him.. Then i have rashes on my body..Then we're all drowned in the pestilence, Then he just busted.. Then there comes  the ho-hum. now here we are..  Im asking you.. to stop killing..now i can see where the rashes came from.. Those alien new things can't survive in our habitat.. u messed up!  clean it up.. and i might sing with you again.

YOU: Hey it ain't me no more aite? perhaps it was never be me..This thoughts is rigorously freaking me out. Seems like my soul has roaming to your territory for so long and it's no more pristine. Feels like i'm so fluffy but i'm scrawney.. You're not to be blamed.. i'm smitten over your words since that very dreamy day..  Shame on me for weeping in grievance. And fuck that i've been crawling day to day composing yucky phrases as if you are dying for me. It's aching that i have to realize it this harsh.. I've reeled in so bad that made me a complete loser..Shit im spoony. Repulsively moron things to brag. No worries. I'll be resilient and flat.. i give you one evidence of my stupidity. It was something i scratched on my note pad even after all of those fucked up days :

Today, you're wearing that - my favorite shirt of yours and it's crazy that you're matching my color . But your piercing gaze says ' I'm pushing you away'.. and frankly i shouldn't be pampered.So scold me, that would be nice. Oh  DANG! i forgot we're nobody to each other. Word.

 # and this one was my provoke towards other man that easily fooled by girls.. surprisingly at the very same page

Boys- smitten like a death cold ice vowing for the sun. No pride, trading his throne to the fake tanned skin.

*My alibi my ass*

5 October 2011

Ini benda bangang tempoh hari yang aku lupa post

Langit marah marah malam ini..
Sangat cerewet.. Lagi cerewet dari aku..
Tadi kau buka mulut lagi..
Hey! aku sudi dengar sepanjang hari!
Kadang-kadang aku rasa ini waktu yang tepat untuk berenang dalam-dalam di mata mu.
Perlukah aku suruh mereka diam.?.
Jadi bgaiman?, sudah? belum? ok? penat ya? tertekan barangkali?
yah biasa..tidak mengapa sebenarnya.. hey sumpah aku tidak kisah..
 Hey langit makin mengada-ngada menghempas hempas kaki..
 cemburu rindu kita lagaknya.. ceh..
Entah kenapa aku sering rasa seperti takut sedikit waktu malam ketika ini,
ubat juga sering terlupa makan,
Kalau bisa dekat-dekat dengan kamu selalu kan bagus..
Nah tengok, aku mau cakap banyak perkara..
Tapi kalau kau jauh-jauh begitu susah sampai niatnya..
mari dekat sedikit

 Jalan ceritnya begini.
Tiba tiba aku tertinggal hatiku padamu..
aku datang balik ambil..
dan tertinggal lagi..
 aku datang lagi ambil, tapi lewat sedikit..
dan suatu hari aku tertinggal lagi,,
 aku tertinggal lagi beberapa kali selepas itu..
dan aku makin malas mengambil semula..
aku bagi pinjam saja..
tapi pernah sekali itu kau hilangkan.. aku rasa sangat murah dan buruk :(
 hati aku tak tahu kau letak di mana,
tapi aku sangkakan masih ada padamu waktu itu ..
kan susah begini..bisa salah anggap,
 kalau sudah jumpa.. aku harap kau simpan saja.. jangan bagi balik ok?? dan jangan hilangkkan juga!


* aku tulis ketika bumi Terengganu di landa ribut beberapa  minit.. nampak tak impak kebodohan aku berapa power???

Hari Bingung

Kawan : I meet you everyday at class,but it's weird that it feels like I never see you for a long time, have you been notty again toiling around with your sleepy head nenek sihir Janet Joseph?.. She's the nicest person to me when I was in the first sem.. I mean in my class, and also the sweetest .. and to be concretely sure that she'll never read my blog :)

Diri Sendiri : hari ini kau sangat bersemangat sampai banyak pasukan bola, pelajar undang- undang,  dan budak perempuan putus cinta yang kalah, dibuang universiti dan membunuh diri sebab cas semangat semua salur ke badan gempal mu. Hari esok kau putus asa dan dungu macam sotong mati sampai agenda utama hidup mu cuma untuk kekal wujud. hari ini mau selalu ada dia depan mata biarpun dari jauh, hari besok besoknya mau sendiri sendiri dan tolak dia pergi..Hari ini rindu, besok mau tembak semua orang dan hidup sendiri di planet ini. Hari ini mau pulag, besok mahu pergi.. A note to self.. : kau bukan tuhan, bukan ahli sihir ,jauh sekali artis terkenal, dan dunia bukan berpasak dan berpaksi dirimu... kau cuma salah satu zarah..jadi jangan buat perangai macam celaka!

 Kau : kau tak tahu banyak benda.. macam betapa tak selesa rasa bulan pertama cuti bila aku harap ku paling tidak bertanya khabar atau katakan saja jumpa lagi..dan kemudian aku pilih untuk discard rasa itu.. Bekukan dalam peti sejuk untuk tempoh masa 3 bulan seterusnya.. dan sekarang rasa tu sudah cair.. asrama tak punya peti ais.. Tapi rasa tidak sesegar dulu..  Kau tak tahu betapa aku mau tahu sebenarnya ini apa.. Betapa banyak ayat mengarut aku karang yang intinya sebenarnya mengarut cerita pasal kau saja.. Kau tak tahu berapa bingung dan gilanya aku mau tahu kau perlu apa? Kau jugak tak tahu sebenarnya aku sangat hodoh, Kau tak tahu berapa kilometer aku punya tebal cemburu bila kau berejam rejam  habiskan masa untuk bekerja dan aku jadinya bingung fikirkan betulkah sikit pun kau tak ingat aku masa itu? selit-selit sikit pun tak ada? Kau tak tahu aku sangat pencemburu orangnya sampai aku ambil kira setiap inci ayat yang kau pernah cakap dan bandingkan dengan apa yang kau buat. Kau tak pernah tahu aku rasa mahu telan racun tengok kau tegur perempuan lain di belakang aku. Dan kau bagikan aku sedikit agenda paling rahsia dalam hidup mu, tapi bila bersama aku, kau hukum aku  dengan bisu, dan madah pujangga kau serahkan pada mereke-mereka itu. Kau tak tahu juga sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku mahu dari kau dan aku harap kau boleh tolong bagi tahu.. Kau jugak tak tahu yang aku benci bila kau tak pernah bagi jawapan soalan-soalan bodoh aku.. Weh.. kalau aku ada 9 nyawa macam kucing, aku bagi kau 4 supaya kau boleh hidup lebih lama untuk buat benda yang kau suka . 4 nyawa lagi aku buat main-main bila kepala pusing begini atau buat ugut-ugut kau supaya beri perhatian ke aku.Satu nyawa lagi aset beku .


 Aku tak tahu bala apa sebenarnya hari ni aku mengarut sepanjang hari tanpa letih dan tidur. FAK!