26 October 2011
BUDAK- BUDAK BARU MENAIK
Filem yang banyak ubah hidup aku. Aku baru 14 tahun rasanya:
- aku start pegang gitar bila mama pergi kerja
- aku suka decoration bilik Cinta dalam cerita ni- aku buat ala kadar, sebab aku takda duit beli perabot sendiri.
- Aku jatuh hati dengan sajak ekspresif yang jujur begini dan sampai sekarang aku belum bangun-bangun dari jatuh.
- Aku mahu kurus, punya rambut cantik dan bijak macam Cinta
- Aku mula rasa aku jugak patut dibiar pergi kemana aku mahu macam Cinta dan kawan-kawannya dalam cerita ini
- Aku start tepek poster poster di dinding bilik
- Aku suka idea puisi dan petikan gitar.
-Aku hafal semua soundtrack lagu dalam filem ini.
- Aku tengok movie ni ulang2 sampai CD rosak ( mama tak suka sebab ada kissing scene, and i told her i think they are so sweet. Mama tambah bengang.. ahahaha )
- Aku rasa lelaki rambut gerbang dan pelik macam Rangga sangat hot.. Aku mula despise mamat mamat jambu dan tipikal. Ceh.
-Aku gembira yang aku memang ada kawan sejati macam Cinta punya kawan- kawan
- Aku mau mama jadi macam mama si Cinta dalam cerita ni.. listen to her dan sangat faham dia, dan bagi Cinta keluar rumah bila-bila dia suka.- Memang sangat TAK lah kan.. hahahaha
- Aku rasa lepak makan bakso sangat cool.kahkah..
- Aku pakai gloss dan bangle pegi sekolah.. ( aku ketua murid waktu tu )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment