8 September 2011
Dongeng Hari Ini dan Malam Semalam
Malam semalam sangat lelah.. kesana kemari di ruangan sendiri pun buat aku cukup penat kerna dilakukan beribu kali.. Aku cari caj positif biar bisa tahan hingga malam ini.. Aku tahan saka gorila aku dari mengganas dan makan orang semalam, kerana hari ini hari terakhir. Lepas ini aku boleh lah bermalas-malas sedikit.. sudah lama aku tidak rasa sebengang ini.. Bengang yang disisi sebelah situ.. Sekali- kali bengang begini boleh tahan jugak rasa celakanya... Ternyata setan zaman sekarang buat kerja bapak smooth.. Aku kagum.. Celaka! Malam semalam bulan terang.. Malam cantik.. Tapi dua unsur penting mati sebentar.. Sebentar untuk hukum alam, jutaan tahun ikut hukum tak pernah sabar aku.. Pagi-pagi aku sudah berpenat-penat semula, dan kemudiannya mencari semula fakta sebab insting sudah mula buat hal. Aku terer sangat sampai akhirnya aku bengang sendiri tak berasas.. Malam ini sebelum pulang aku mesti jumpa makhluk paling palsu sekali dalam dunia ini. Aku cuak sejak dua hari yang lalu. Sekarang, aku mahu mati sebentar, bangun bekerja dan mati lagi. Aku mahu berendam dalam air sampai daging bengkak lebam dan tak mahu dengar apa-apa kecuali diri sendiri. Sekarang aku mahu hentikan sebentar masa dan bergaduh dengan semua yang aku tak puas hati sampai penat, dan aku mahu semua senyap dan dengar! Kadang-kadang semua orang hingar-bingar bikin telinga bingit dan aku naik heran sebab mereka tidak dengar sesama sendiri dan selamba saja begitu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment