15 November 2012

Halaman Belakang Buku Nota 8#



Pernah rasa geram tahap dewa kalam?
Ya kadangkala rasanya begitu,
Bila ada hari yang dijalani dengan ingatan penuh padamu,
Malah kau bermadah-madah bermain wayang disitu,
Lalu aku  terlelap dengan rindu yang diinjak-injak,
Hati juga memberat dengan rasa tak terzahir di mata pena,
Kau tahu, aku baca satu puisi Sanskrit yang diterjemah,
Seorang gadis terlalu terluka dengan kekasih gelapnya yang memuja gadis lain,
Lalu lari rajuk ke rimba, dan menjadi sebuah pohon kerana terlalu melara,
Barangkali satu masa nanti aku cuba begitu,
Tapi aku pasti. Masih kau tidak akan ambil peduli tentangku.
Sama ada aku , atau kau yang tragis disini.
Ahh.. Bosan! Kau baik-baik saja ya :)

No comments:

Post a Comment