23 September 2011

Akal pendek

Aku punya sebijik akal, sedas akal. sesisir akal, sehasta akal, ahh... apa apalah, Akal aku setia makhluknya, dah puluhan tahun dia menngabdi diri melekat di tempat yang sama walaupun nisbah kesetiaan dan kebijaksanannya agak jauh berbeza dan mengikut musim dan angin badan,.. kadangkala akal aku jadi sangat panjang sampai masalah serumit perebutan pulau batu putih antara singapura dan Malaysia pun boleh aku selesaikan, . Tapi akal aku sebuah akal yang emo dan sensitif, lantaran itu aku latih akal aku agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan perasaan muda aku yang serupa gampang ini kadang- kadang..  Selepas latihan intensif selama beberapa tahun, akal aku menjadi sngat terlatih dan cekap dalam melindungi diri . Tapi satu benda aku tak puas hati bila bersangkut paut dengan " benda ni aku tak boelh taip disini ".... Aku jadi lembek macam pisang masak yang dilenyek lenyek.... senang senang tukar keputusan... aku rasa kau ada sihir... sekarang aku mahu menuntut ilmu sihir pendinding!

No comments:

Post a Comment