Aku tak punya modal untuk tulis ayat- ayat power berjela.. tak punya sakti buat lawak sampai tahap buat bekalan gelak beberapa tahun.. Tak jugak punya keajaiban untuk memerah idea untuk update blog tiap hari.. Hari-hari yang berlalu beberapa bulan ini memang penat.. Tapi aku nampak diri sendiri dari sisi berbeza.. Aku nampak diri orang lain jugak dari kaca mata berbeza.. Tak akan ada keadilan hakiki di dunia ini.. Walaupun di rumah sendiri.. Kita perlu perah keringat dan cipta sendiri berdikit- dikit.. Aku harap aku sudah upgrade diri sedikit selama hayat perit yang setahun jagung ini.. Aku mahu kebal dan baik macam Almy.. Aku mahu berdiri di atas kaki sendiri.. Aku perlu semua cas-cas positif yang bertebar di alam ini untuk rasa kenikmatan yang juga dari sudut berbeza.. Ceh semua pun aku mahu berbeza kononnya.. hehe.. Ok aku dah cakap aku tak ada modal untuk update blog hari ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment