9 January 2012

'Kenapa- kenapa' - Rumah Api

Kenapa buat rumah tinggi yang sebahagian besarnya cuma tangga dan lampu sorot?
Dan kenapa buat tepi laut yang boleh rasa dihentam air dan panahan petir?
Kenapa bagi nama ' Rumah Api ' walaupun dah tahu air dan dia dah lama sengketa,

Aku rasa sebab laut terlalu luas dan terlalu dalam untuk laut sendiri faham dirinya,
Jadi Rumah Api macam abah yang garang dengan aturan- aturan yang tiada ada ampun,
'Api' tu cuma buat gertak biar air cuak,
Dan mungkin rumah api kesian tengok pantai yang tinggal menetap menunggu ombak,
Sedangkan ombak, datang cuma buat kacau dan mengasak- asak,
Paling koman, kapal- kapal  gerun datang buat kacau di pantai,
Jadi secara tidak langsungya, mungkin rumah api mahu khabarkan pantai untuk cari mata air baru.
Mungkin rumah api benda bukan hidup yang paling baik hati?

'Kenapa- kenapa' -awan

Kenapa awan tinggal di atas?
Macam banyak rintangan aku tengok,
Graviti sedut kuat kebawah, Angin tolak kencang ketepi, Guntur cari sengketa suka- suka hati,
Aku rasa sebab dia takut langit sunyi hidup sendiri,
atau nanti orang bingung kalau langit sama warna dengan laut,

Aku rasa, kalau langit tengah tidur waktu malam, awan kena temankan bulan pulak,
dan orang cum renung bulan, dan tak kisah benda macam kapas yang ada tepi - tepi bulan,
Kalau langit letaknya rendah sikit, mesti air tak perlu naik jauh semata untuk jadi hujan,
Tapi aku rasa, awan takut guntur buat kita luka, jadi dia tinggal jauh sikit,
Jadinya awan ni peneman benda- benda besar dalam alam,
Awan manis kan?

Tapi kalaulah langit dan bulan tumbuh didarat, mereka sanggup naik atas teman awan kah tidak?
Mungkin awan akan jadi sangat sunyi ,
Sebab pelangi cuma kadang-kadang ada, dan matahari sibuk jaga 9 planet,
Takkan sampai perlu berborak dengan kapal terbang?
Susah jugak jadi awan.

7 January 2012

Kau yang banyak macam

Kau macam lagu yang aku belum tulis ,
Tapi kepala sibuk menghentak- hentak mahu berlagu,

Macam pagi yang hujan dan buat aku rasa nyaman,
Tapi sayangnya tak nampak apa-apa,

Macam my favourite dress , yang di beli setengah mati,
Tapi bila tiba masa untuk pakai, rasa sayang,

Kadang-kadang macam kucing entah siapa-siapa,
yang aku rasa mahu punyakan, tapi aku tahu aku tak akan terlayankan,

Kau bajet kau Sultan,yang ingat kau boleh nilai aku,
tapi nilai orang macam haram,
Kau buat aku rasa aku selamat dalam naungan, walaupun kau selalu tak ada.. Ceh..

Yah.. macam-macam lagi benda buruk yang aku mahu tulis,
Tapi akhirnya kau masih makhluk durjana yang itu?
Well, adalah tu sangkutnya dimana- mana,

Jadi jangan puji diri sendiri lebih- lebih sangat,
Sebab aku dah OK :) ,
Kau cuma beberapa benda dalam hidup aku yang tak menjadi, dan aku pun, kan?
Aku akan buat-buat macam tak ada benda , sampai aku lupa sebenarnya dulu 'ada benda'?
Nah..