mahu berujar lancang dan berhati kosong,
tanpa peduli ada musuh keliling jagat,
aku masih diantara,
fasa paling sukar untuk ditafsir
aku belum siap,
tutup mata bila dipijak cuma dengan omongan.
berserah dengan apa yang bakal jadi,
walau Dia sudah berjanji,
aku orang gasar..
ligat memaki dimulut dan didalam hati,
juga menangis sederas air yang jatuh tinggi,
memang aku belum siap,
untuk berserah dan mengabdi diri,
menurut rentak tandunya dunia,
tahan bersabar dan memekak telinga,
aku masih mau mencerca , menghunus dan mengherdik lantang,
dengan itu aku mungkin belum matang,
makanya.. aku fikir aku masih belum siap,
untuk bertentang- tentang fasal itu ini,
menghitung kira aturan alam,
menahan sebal kesannya "gagal"
mencerai masa yan menjeruk akal
membina mimpi dari bencana
melapang dada tanpa prasangka,
aku fikir lebih baik diam merenung,
biar yang rapuh menjadi utuh,
yang kabur menjadi jelas,
yang ragu bertukar sumpah,
biar aku berjenaka berdrama swasta,
biar menjadi penglipur lara,
agar masa membuka semua,
ahh.. sudah banyak kali aku katakan..
aku masih belum siap :)